Meh Fifi nak kongsi sikit pasal khasiat manjakani. Macam mana manjakani boleh membantu untuk wanita yang bergelar isteri menjadi seorang ibu?
Bagi wanita yang mudah lekat tanpa perlu bantuan sebarang herba atau ubatan moden, kita harus bersyukur sebab menjadi insan terpilih yang dimurahkan rezeki oleh Allah untuk menimang cahaya mata sendiri.
Tapi bagi wanita yang susah untuk lekat, bermacam usaha perlu dibuat. Antaranya pengambilan ubat atau supplement dan rawatan moden di hospital atau klinik.
Tapi tahu tak anda, bahawa manjakani adalah herba tradisional turun temurun yang boleh membantu untuk hamil?
Manjakani berfungsi untuk MENYUBURKAN RAHIM. Selain tu manjakani juga membantu untuk MENSTABILKAN HORMON dan membantu untuk wanita yang mengalami masalah period tidak teratur dan keputihan.
Kadang punca sukar untuk hamil juga berpunca dari period yang berterabur dan susah untuk menentukan waktu subur. Kebiasaannya untuk proses pembenihan yang sesuai adalah waktu kita kaum wanita dalam tempoh waktu subur. Jadi bila period teratur, mudah untuk kita mengira waktu subur dan boleh 'bersama' dengan suami pada waktu ini.
Masalah keputihan pula boleh menghalang benih kita dan suami untuk bertemu. Manjakani merawat kerana kandungan astrigent didalamnya membantu menyingkirkan bakteria dan fungus sekaligus menyahbau yang kurang menyenangkan.
Alhamdulillah. Ramai yang berjaya hamil asbab ikhtiar dengan manjakani. Usaha, ikhtiar, doa dan tawakal. Kita hanya mampu merancang, Allah SWT jua yang menentukan.
No comments:
Post a Comment